Hayyaalalfalah

Thursday, January 31, 2013

HARAMAIN MENGGAMIT…



Kisah ini kuulang kembali sempena Bulan Mawlid Nabi SAW yang tercinta.

Kuasa Tuhan Azzawajalla
            Dek kerana berasa jauh dengan Tuhan,aku belum lagi memasang niat menziarahi kaabah-Mu.Namun panggilan suami pada suatu hari menyentap seluruh sanubariku.Seorang aku yang tak mungkin dan kerdil dan jauh dari Tuhanku telah dijemput menziarahi tanah suci-Nya.Sejak itu aku banyak-banyak berdoa,berbulan-bulan lamanya.Aku mohon ampun Ya Tuhanku.Aku melupakan Tuhan Yang Maha Menjadikan sesuatu walaupun tanpa pengetahuan hamba-Nya…kun fayakun.Syukran lillah,syukran lillah..afwan lillah,afwan lillah..

Ghuraba’
            Aku mula melayari internet mendapatkan maklumat-maklumat menunaikan umrah.Hukum-hukum dan pantang larang kucuba cerna bersama suami.Kami tidak mengikuti sebarang kursus untuk umrah ini.Maklumlah yang sebenarnya aku menumpang delegasi ziarah rasmi suami.

Tanah Nabi SAW dan ziarah Maqam 
          Buku panduan umrah dan ziarah tulisan Ustaz Daud Che Ngah menjadi pedomanku di tanah suci.Hatiku tersentuh tatkala atap-atap rumah penduduk Madinah kulihat dari atas pesawat.Doa khusus kubaca.Aku dibawa keliling Bandar Madinah dengan supir Arab.Suamiku mencuba-cuba bercakap dalam bahasa arab,Alhamdulillah dapat difahami.Bandar ini kemas dan tersusun,hasil usaha pembinaan Negara Islam Madinah oleh Nabi SAW detikku.
            Tiba waktu zohor,aku bersolat di Masjid Nabi SAW.Hatiku tersentuh,sebak dan seakan tak percaya.Aku sedaya upaya cuba bersolat atas lantai ‘tile’ dan mengelak bersujud atas karpet buatan sintetik.Aku pernah terbaca yang Saidina Ali kw pernah digelar Nabi SAW Abu Turab gara-gara berbaring di dalam masjid yang berlantaikan tanah.Tepat sekali Nabi SAW, ahli keluarganya dan para sahabatnya yang tercinta bersujud di atas tanah ketika solat.Oleh itu,seboleh-bolehnya aku ingin lebih dekat dengan tanah itu,jadi karpet kuelak.
            Saat ziarah ke maqam Nabi SAW adalah saat-saat misteri yang dinanti-nanti oleh semua tetamu Allah SWT.Salam ke hadrat Rasulullah SAW diberi penuh kesyahduan dan kerinduan.Kami bersujud di raudhah,tanah syurga yang akan bercantum semula dengan ibunya apabila kiamat kelak.Kubacakan doa apa-apa yang kuhajati selain doa khusus ziarah maqam Nabi SAW.Semoga diberi keampunan maghfirah kepada semua tetamu Ilahi ini Ya Allah..amin.

Bukit Uhud
            Saat menziarahi maqam syuhada’ Uhud,bayangan Saidina Hamzah a.s yang mulia bermain-main di benakku.Dia bapa saudara Nabi SAW dan sahabat terkasihnya.Alangkah pilunya hati Nabi SAW saat Hamzah gugur syahid di medan Uhud.Hati sesiapa pun akan luluh saat mengalunkan doa dan salam ke atas syuhada’ Uhud.Selamat tinggal  Bukit Uhud! Selamat tinggal Syuhada’!

Menyendiri di Masjid Nabi SAW yang mulia
            Hari-hari yang seterusnya,aku tidak lagi mahu berteman ke Masjid Nabi SAW.Lebih senang lagi bersendirian, hening bersila di lantai Masjid Nabi SAW.Kubacakan al-Quran,doa-doa pilihan serta kusampaikan hajat mereka dari tanahair.Buku yang kutulis hajat-hajat mereka itu hilang di Masjid Nabi SAW.Mungkin buku itu telah membuat keputusan yang terbaik untuk tidak ikut serta aku kembali ke tanahair dan menetap terus di Masjid Nabi SAW.Syabas buku! Doakan aku sentiasa agar mendapat redha Ilahi ya!Tiba-tiba aku disapa dari belakang,seorang wanita muda bercakap dalam bahasa yang tidak kufahami.Dia mengarah kepada buku doa & ziarah yang kubaca.Oleh kerana tiada persamaan bahasa,dia berlalu pergi meninggalkan aku dalam kedamaian Masjid Nabi SAW.

Perkuburan Baqi’
            Baqi’ yang sepi ditemani burung-burung merpati yang memahami.Dibawahnya tersimpan tubuh-tubuh yang mulia keluarga tercinta Nabi SAW dan para pecintanya.Kulagukan doa ziarah dan salam yang syahdu itu..

Menuju Kota Makkah
            Kami dibawa dengan pacuan empat roda oleh supir Arab dan seorang pengawal keselamatan milik Universiti Tayyibah, Madinah.Aku takjub dengan bumi Arab yang tandus dan tiada pepohon,yang ada cuma bukit-bukit batu.Alangkah mencabarnya hijrah dibumi ini 1400 tahun dahulu.

Kaabah melambai
            Kota Makkah kupijak ketika malam sudah lama berlabuh.Kaabah terang benderang seakan sebuah stadium.Tetamu-tetamu Allah datang berduyun seolah-olah masa sudah terhenti.Ketentuan Allah aku tidak dapat meneruskan ibadatku pada malam itu.Kepalaku dicengkam kepeningan.Siangnya aku dapat merasai sendiri dinding kaabah binaan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s yang mulia.

Akhirnya Umrah..
            Ketegasan tawaf mengajar disiplin kepada sesiapa sahaja.Betapa dalamnya perasaanku bersolat di hadapan kaabah seperti Tuhan Yang Maha Mendengar itu terasa begitu dekat sekali.Kuadukan semua yang terbungkam dalam dadaku selama ini,juga untuk Allahyarham bapa yang pada ketika itu terlantar sakit.Ya Allah Yang Maha Pengasih,janjikanlah kebahagiaan bapa di alamnya,amin.

Selamat tinggal kota suci
            Tiada ziarahku ke rumah baginda SAW yang mulia, atau ke rumah Siti Khadijah a.s kesayangan Nabi SAW.Di mana? Tetamu-tetamu yang datang tidak dapat menjejakinya.Kusampaikan kekesalanku kepada pelajar-pelajarku di sekolah.Aku sebak,kutahan air mataku.Mungkinkah anak cucu mereka masih percaya lagi kehadiran Rasulullah SAW tercinta?
           
           

Saturday, March 26, 2011

Aktiviti untuk anak semasa ibu bekerja

Untuk mengurangkan anak lelaki saya bermain ps2 dan menonton tv berlebihan  semasa saya keluar bekerja sy telah menyediakan aktiviti untuknya dan anak2 yang lain.Saya akan tinggalkan nota untuk mrk atas laptop yang berupa arahan apa yg perlu dibuat.Saya dah buat 2x.Hari yang saya tak sempat nak print out the activity mesti anak2 akan tanya ,"Ibu tak tulis nota pun hari ni..."Aktivitinya saya print out dari internet dan letakkan atas coffee table untuk setiap anak2 saya, bersama nota arahan.
Boleh cuba surf http://www.makinglearningfun.com/
Antara aktiviti yang dah saya cuba ialah 'cut and paste' (pirate boy and girl, gingerbreadman n cookie monster)
Selamat mencuba!

Detox / Detoksifikasi

Ini adalah artikel yang saya jumpa baru2 ini , semoga dapat dimanfaatkan bersama,


Posted by Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin on May 12, 2010

Salah satu punca berlakunya penyakit ialah kehadiran benda asing dalam tubuh yang tidak diperlukan. Ia boleh bersifat menghakis tisu sel, melemahkan fungsi sel, menyahmangkinkan enzim, mengganggu koordinasi impuls saraf dan merencatkan pertumbuhan sel baru. Bahan ini berasal dari makanan yang dan boleh juga merubahan bahan kumuhan sel. Apabila kehadirannya terlalu banyak dalam sistem pencernaan, ia digelar sebagai racun atau toksik. Masalah toksik ini boleh diatasi melalui proses pembuangnnya atau digelar de-toksik (Detox)

Kegagalan kaedah perubatan konvensional (a.k.a. rawatan allopati a.k.a rawatan klasik a.k.a rawatan hospital) untuk mengambil kira kaedah pembuangan toksik sebagai faktor penyembuhan adalah punca kebuntuan perubatan tersebut dalam menyelesaikan dan mengatasi masalah sesuatu penyakit.

Pembentukan Toksik

Toksik terjadi akibat kegagalan sesuatu organ pencernaan untuk menghurai dan mencerna makanan secara optimum. Makanan yang pada dasarnya berkhasiat boleh bertukar menjadi racun atau toksik setiap kali ia dimakan sekiranya ia gagal dihurai melalui penghasilan enzim yang tepat dengan kuantiti nutrient yang diambil.

Kehadiran toksik ini memerlukan proses penghuraian dan peneutralan yang memerlukan usaha yang berganda daripada sesuatu organ terutama usus. Sekiranya ia tidak sempat dineutralkan, ia akhirnya akan terhadam dan masuk ke dalam sistem darah hingga mendatang lebih banyak kemudaratan

Antara sebab sesuatu organ pencernaan gagal menghadam makanan ialah kerana fungsi dan tenga organ penghadam itu dialihkan ke sesuatu masalah seperti:

1. 1. Berfikir tentang kerja ketika makan

2. 2. Memikirkan masalah kehidupan ketika makan

3. 3. Berada dalam keadaan masalah tidak puas hati, marah, kecewa atau sebarang pemikiran negatif ketika makan.

Aktiviti ketika makan adalah bermula dari makanan pertama masuk ke mulut hingga kira-kira empat jam iaitu tempoh makanan selesai dicerna dan dihadam.

Gambar rajah di bawah adalah gambaran bagaimana keadaan struktur penghadaman, rembesan enzim bagi tujuan pencernaan dan keadaan pembentukan toksik akibat kegagalan enzim dirembeskan.



Gambar rajah di atas menunjukkan struktur sistem penghadam yang digambarkan melalui bentuk yang mudah



Gambar rajah di atas menunjukkan keadaan sistem penghadaman yang tenang menghasilkan enzim yang resonan dengan nutrien yang diambil



Gambar rajah di atas menunjukkan makanan bertukar menjadi toksik akibat kegagalan ia dicernakan dengan sempurna

Kemudaratan Toksik

Toksik yang terhasil dalam jumlah yang sedikit boleh dinyahkan melalui rektum, tetapi jika jumlahnya berlebihan, ia turut akan diserap oleh tubuh terutamanya melalui usus kecil.

Kehadiran toksik yang berlebihan dalam darah akan menyebabkan kesan seperti berikut:

1. 1. Penghasilan enzim yang tidak resonan oleh sistem endokrin. Contohnya organ kelenjar liur, hati, hempedu dan pankreas tidak dapat menghasilkan enzim yang membantu sistem penghadaman.

2. 2. Penghasilan hormon tidak mampu menjalankan fungsi dengan cekap. Contohnya pankreas tidak dapat mengeluarkan hormon insulin, glucagon, and somatostatin yang membantu penghadaman, penguraian gula dan urik asid.

3. 3. Pertumbuhan sel terencat akibat nutrien yang diserap oleh sel bersifat toksik yang boleh menjejaskan fungsi nukleas sel.

4. 4. Menggalakan pertumbuhan mukus, kulat atau sebarang jangkitan di bahagian kulit akibat penghasilan peluh yang bertoksik dan berasid.

5. 5. Menjadi faktor kewujudan bahan karsonigen yang mampu memutasikan DNA sel hingga menyebabkan kewujudan sel kanser (fabroid, tumor), ketumbuhan, cyst dan sebagainya.

6. 6. Mencemarkan darah dan melemahkan fungsi sistem aliran darah. Kesannya seseorang menjadi mudah letih, muka pucat, kerap sakit kepala, punca migrain, punca keloid, punca gangrene, punca purpura (lebam seperti ”kena gigit hantu”) dan sebagainya.

7. 7. Toksik yang berlebihan dalam darah akhirnya akan disingkitkan melalui sistem perpeluhan yang boleh menyebabkan peluh berbau.

8. 8. Selain itu, ia juga akan disingkirkan melalui buah pinggang. Akibatnya pinggang boleh terjejas dan menjadi lemah hingga menyebabkan masalah pada buah pinggang dan menimbulkan simptom seperti masalah prostat, kerap membuang air kecil, bengkak air, lenguh belakang, sakit lutut dan sebagainya.

Pembuangan Toksik

Proses pembuangan toksik sangat popular digelar dengan istilah Detoxification (atau ringkasnya Detox). Bahan bertoksik dalam tubuh biasanya mempunyai sifat seperti berikut:

1. 1. Berasid

2. 2. Mempunyai ikatan kolestrol yang tepu

3. 3. Protein tinggi

Bahan yang digunakan untuk menghuraikan ketiga-tiga sifat di atas perlulah bahan yang boleh berfungsi serentak dan dirinya sendiri tidak boleh menjadi toksid dan mampu menghuraikan dirinya sendiri. Antara contohnya ialah:

1. 1. Timun boleh menghurai bahan yang berasid kerana ia beralkali dan mempunyi fiber yang lembut. Fiber lembut ini boleh menyahkan bahan bertoksid dengan berkesan.

2. 2. Daging kambing berkeupayaan menghuraikan kolestrol tepu dalam tempoh yang pantas.

3. 3. Buah delima dan minyak zaitun berkeupayaan menghurai protein tinggi dan meneutralkan urik asid terutama dalam organ hati dan pankreas.

4. 4. Cuka epal mempunyai kelebihan menstabilkan urik asid, menghurai kolestrol tepu dan protein tinggi dengan serentak.

5. 5. Madu mempunyai beberapa enzim semulajadi yang membantu mencernakan nutrien pada peringkat kolestrol dan protein ringkas.

Cuka Epal dan Madu

Cuka epal tidak mudarat jika diambil berlebihan. Untuk kesan yang lebih optimum, ia perlulah diambil dalam kuantiti yang sedikit.

Selain menghuraikan bahan berasid, kolestrol tepu dan priotein tinggi, nutrien yang bermanfaat yang terperangkap di dalam usus besar perlu dicernakan untuk manfaat tubuh. Toksik yang terbentuk di dalam usus besar mempunyai sejumlah nutrien yang masih berpotensi untuk dicerna dan dihadam oleh tubuh. Nutrein ini telah melepasi saluran deudenum yang sepatutnya mengeluarkan enzim sebagai pemangkin yang mencernakan nutrein tersebut, maka organ hati, hempedu dan pankreas tidak dapat membantu mencernakannya lagi.

Satu-satunya sumbre makanan yang mengandungi lengkap secala jenis enzim yang dapat membantu menghuraikan nutrein yang terperangkap di dalam usus ialah madu.

Gabungan madu dan cuka epal merupakan formula terbaik yang bertindak sebagai bahan Detox yang berkesan, selamat dan semulajadi.

Friday, March 18, 2011

Salman (age 9) write about 'tsunami in japan'

The first tsunami is in japan.This is a second tsunami,it can push cars and boats.Itcan also smash house,many people are dead at Miyagi.but is far from Tokyo,but  it arrive at Tokyo as well.it been smash and push like at Miyagi.This is all i want to say.

Wednesday, July 7, 2010

Sesampainya aku di Madinah..

Inilah antara pemandangan Bandar Rasul kita SAW yang mula2 skali aku lihat masa turun kt Madinah local airport..(slth 8 jm dlm flight dri kl ke Abu Dhabi ,transit 2.5 jm- kemudian ke Jeddah -3 ke 4 jm.Lepak kt Jeddah local arport lak dlm 4 jam, fly plak ke Madinah dlm 1 jm...) Lega rasenya dpt berpijak kembali ke bumi yg nyata..Bandarnye bersih,org Arab bawa kete okla..smooth.
Ni lobi hotel yang aku duduk,dining n bed, Arab baju2 putih tu le yang check in kan tuk aku n ahli rombongan lain..Jazakallah hu khairan. Dr. Sami n company..
Basically kt Madinah ni aktiviti dia pegi masjid  Nabi n shopping. Yang dah biasa gi tu mesti byk benda yg korang tau kan spt ziarah ..zuqq sesgt.Aku sempat gak ziarah n solat sunat kt Raudhah tgh2 crowded, maklumlah kaw org pempuan mmg camtu all the time.Byk2 la beri salam kt Rasulullah SAW n doa utk diri sendiri, keluarga n sahabat.Kan ke RasulullahSAW tu ade kat situ,Allah kata org yang mati syahid tu hidup disisiNya.Raudhah tu plak adalah sekeping tanah syurga yg bila kiamat nanti dia akan naik n bercantum dgn syurga.Antara lain kt sekitar masjid ialah Perkuburan Baqi', berdekatan dgn Bab Jibril/pintu pagar yg dinamakan pintu Jibril ie antara tempat yg paling elok kita masuk if nak buat ziarah ke maqam nabi SAW.Kt situlah disemadikan sebagian para keluarga n sahabat Nabi SAW ..kalu sempat bykkanlah baca doa ziarah para sahabat Nabi SAW.Aku dipinjamkan buku panduan umrah pakej Andalusia-bagus..ada byk doa ziarah yg menyentuh kalbu.Aku berpeluang masuk kt bawah Masjid Nabi tu -dpt le aku tahu skit2 pasal penubuhan masjid dri zmn dolu,penah tebakar dll sampai sekarang..sbb dia kecek arab so tak le 100% aku paham..he..he..Tiang2 yg kita nampak kt luar2 masjid tu,ada lubang udara utk sedut udara panas ke sistem bwh tanah n diconvertkan ke udara sejuk dlm masjid.Nyaman je w/pn masa tu 50-55 Celcius.

Ini adalah Dr. Ali yang bersungguh2 explain ttg sejarah Bkt Uhud.Bkt Uhud 'sgt sayangkan Nabi n Nabi pun sgt sygkan ia sehinggakan nabi mengconsider ia sbg sahabat!
Gambar aku ,kt blkg tu Bkt Uhud.Sbrg jln dpn bkt tu ada tempat Perkuburan Syuhada' Uhud di mana Saidina Hamzah RA disemadikan..jgn lupa baca doa ziarah kt sini.Nabi SAW pernah didengar berkata, maksudnya lbh kurang gini,sapa yang lakukan ziarah2 tapi tak ziarah S.Hamzah dia tak beriman pd Nabi SAW.Disbbkan terlalu sygkan S.Hamzah atas syahidnya lalu Baginda gelarkan dia Sayyidus Syuhada'.Bila dah visit tempat ni n ajar plak tajuk S. Hamzah kt anak murid aku kt sekolah,rasa cam pilu je..Bkt Rumma ,yg kecik skit kt bwh tu adalah tempat tentera Uhud Solat sbl pi perang tu.Itulah serba sedikit..Ketemu lagi!


Labels:

Saturday, June 26, 2010

'Ziarah Rassmi' to Saudi Arabia n Umrah










I was on my husband's official visit to Saudi Arabia during the school break.Really it was a precious gift since i'd a chance to perform the umrah.I never knew the feeling of doing umrah before this.. until i stepped into the prophet's mosque n touched the stone wall of kaaba ,i knew why other people wish to return there for another visit..

Labels: